Wakaf Dosa


302 Views

  • Uploaded on 10-06-2019 by Mflix

  • Wakaf Dosa [ Telemovie Syawal 2019 ] - Bakri Zain seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan.

    Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

    Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

    Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’.

    Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya. Bakri akhirnya meninggal dunia akibat kemurungan berpanjangan.

    Sejak kejadian itu Daniel orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyebar video palsu itu mula dihantui perasaan bersalah dan tidak tenang. Daniel akhirnya bertemu dengan keluarga Bakri dan mengaku kesalahanya namun segalanya telah terlambat.

Curi Curi Cinta Episod Akhir

48:45

Popular Videos

Curi Curi Cinta EP26

Curi Curi Cinta Episod 26 [ MegaDrama ] - Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga ya...

Curi Curi Cinta EP23

Curi Curi Cinta Episod 23 [ MegaDrama ] - Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga ya...

Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya

Cik Reen dan Encik Ngok Ngek kembali dalam pengembaraan baru menjelang Raya. Dapatkah Harris mengikut petua...

Curi Curi Cinta EP25

Curi Curi Cinta Episod 25 [ MegaDrama ] - Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga ya...

© 2019 Tonton.TV. All Rights Reserved